|
Petua untuk hilangkan sakit gigi ini dipetik dari jieare92.blogspot.com.
Maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."
Baca surah al-Mulk ayat 23 sambil letakkan jari pada gigi yang sakit tu. InsyaAllah, rasa sakit tu akan kurang.
Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi SAW bersabda,: "Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini."
* Ayat ini boleh digunakan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit gigi. Walau bagaimanapun bergantung semata-mata kepada ayat sahaja tidak mendatangkan apa-apa kesan kecuali dengan izin Allah.
Yakinlah, bahawa kesembuhan itu adalah dengan izin Allah! Dia yang menguji kita dengan kesakitan, dan Dia jugalah yang punya kuasa untuk menyingkirkannya.